Laman Utama

Monday 12 September 2011

Majlis Aidil Fitri Kali ke 4/2011 1432H

Saya bagi pihak Urusetia Majlis AidilFitri MyLc kali ke-4/2011 dengan sukacitanya imenjemput tuan/puan ahli MyLc dan para pemilik G.L, TRg Livinian, juga di Pantai Timur sekeluarga ke majlis tersebut yang akan di adakan sebagaimana berikut:
Tarikh: 10 SEPT 2011 ( SABTU)
Masa : 2.00 - 7.00 PM
Tempat : Kediaman Tg Rosdi @ Subai 888- Kg Bukit Payong, Marang, Terengganu.

1. Konsep "port luck Makanan Tradisional":- Bawa dan Makan. Tuan Rumah hanya menyediakan minuman, kerusi, meja, gelas, cawan.
i. TIDAK DIGALLAKKAN membawa biskut raya moden.
ii. Jika ketupat & Lemang- bawa sekali rendang
iii. Tuan puan boleh berkongsi kos jika dirasakan kos penyediaan adalah tinggi, seperti sate, nasi dagang atau nasi minyak.
iv.Selain itu:- Buah, buahan, pencuci mulut, akok, keropok lekor, penganan, puding, mee, bubur pulut hitam, bubur jagung dll

Sila bawa sekali bekas hidangan.

2. Sesi bergambar beramai -ramai akan diadakan pada jam 4.30 petang.

3. Agenda lain:
i. Mesyuarat Persediaan menerima Konvoi MyLc Melaka
ii. Program Konvoi&Bercuti Akhir Tahun
iii. Lain - lain hal
4. Tuan -tuan DIGALAKKAN Berbaju Melayu (dan bersamping)

PEMBETULAN: Pihak Urusetia akan menyediakan nasi kuning sebagai alas perut dan sedikit collection akan dibuat sebagaimana tahun 2010.
Sekian, terima kasih

















































 Urusetia Majlis Aidil Fitri Kali ke 4/2011 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Subai888@Tengku Rosdi sekeluarga yang sudi menjadi tuan rumah, juga kepada handai taulan yang sudi hadir, juga menyediakan juadah, yang telah bersama - sama memeriahkan majlis tersebut

Saturday 10 September 2011

Trip ke Cameron Highland

Tarikh : 07-08 Oktober 2011
Hari : Jumaat/Sabtu

Tentatif program :-

07/10/2011 Jumaat

7.00 pagi : Berkumpul di Padang Astaka,Kemaman
7.30 pagi : Taklimat ,sesi bergambar dan Bacaan Doa
8.00 pagi : Golek Tayar
10.30 pagi : Breakfast di Hentian Temerloh
11.15 pagi : Konvoi bergerak ke Bentong
13.15 pagi : Sembahyang Jumaat di Masjid Besar Bentong
: Makan Tengahari di Medan Selera Bentong
03.00 ptg : Konvoi bergerak ke Raub
06.00 ptg : Dijangka sampai di Tanah Rata C.Highland
Check - in di Mifzal Apartment Tanah Rata.
09.00 mlm : BBQ dan santai **Pasar malam di Berinchang

08/10/2011 Sabtu

7.30 pagi : Makan pagi..
08.15 pagi : Ke ladang Strawberry
09.30 pagi : Ke Pusat Penyelidikan Pertanian MARDI
11.00 pagi : Ke Gerai sayur-sayuran
12.00 tghari : Berhenti minum / makan di Cameronian Tea Shop
01 .00 ptg : Konvoi bergerak pulang ke Trg.
03.30 ptg : Rehat di Hutan Lipur Lentang,Karak
05.00 ptg : Konvoi bergerak pulang ke TRG.
08.00 mlm : Dijangka sampai di Kemaman
: Makan Malam
: Balik tido.
: PK next trip pulok

Laluan konvoi : Kmn - LPT (Gebeng) - Hentian Temerloh - Bentong-
Raub - Sg.Koyan - Pos Betau - Ringlet - Tanah Rata.

***Tentatif diatas sekadar cadangan ringkas sahaja…tertakluk
kepada pindaan dan pendapat dari kawan - kawan semua.



Anggaran Perbelanjaan bagi Penginapan /BBQ/Makan pagi (Sabtu)
Makan Malam(Sabtu)
Penginapan : RM240.00 /Apartment - 3 bilik
: RM80.00 / Bilik

BBQ : RM 12.00 utk dewasa
: RM 24.00 utk suami/isteri
****Anak - anak dikecualikan
Menu : Ayam,Sosej dan Nasi goreng kampung

Makan pagi : RM 5.00 utk dewasa
: RM 10.00 utk suami isteri
Menu : Nasi Lemak
: Air panas ( Teh/Teh -O)

Makan Malam : RM 10.00 utk dewasa

Sumbangan utk konvoi bagi pembelian roti,air mineral,gula2 dan makanan
ringan bagi para driver,penumpang dan anak-anak.

RM10.00 /kereta

Kos kasar (Anggaran) : RM150.00 utk satu kereta

****lebihan duit akan digunakan utk makan malam.

Saturday 3 September 2011

TT Aidil Fitri 1432 Hijrah

Sempena Aidil Fitri 1432H, Geng Ganu sempat meraikan kekawan dari negeri lain yang pulang beraya dan juga "new bie". Sesi TT telah diadakan dua malam berturut -turut iaitu pada 3 dan 4 Syawal.
1. TT di Taman Awam Batu Buruk ( 3 Syawal, Rabu)

Antara yang hadir: PokdeTr, Kamal, Subai888, Usop, Cg MatTr, Pesa, Danish Kuantan, Pyan,MieFire dan lain - lain
Sesi membasah tekak di Mayang Sari, Mydin Mall
2. Sesi TT di Pulau Warisan ( 4 Syawal/Khamis). Sesi membasah tekak juga di adakan di Mayang Sari, mydin Mall. Antara yang hadir: Pyan, Usop,MieFire, Kamal, PokdeTr, Subai888,Whynor,Ah Fai Joe, Wari Sanggo, Cg MatTr, Azam Azami dan Yasim.








Sumber gambar daripada PokdeTr, selaku juru gambar tidak rasmi MyLC Terengganu. Terima kasih.