Laman Utama

Sunday 24 July 2011

TT Dengan New Bie & Bahagi Sticker

Satu sesi Teh Tarik dengan "new bie" telah diadakan di Rantau Abang pada 22 Julai 2011 bermula jam 4.00 petang. Sesi ini bertujuan memperkenalkan "new bie" dengan ahli - ahli my Livina Club cabang Terengganu, khasnya AJK bahagian Pantai Timur- Saudara Azmizan@AzeefTR. Sesi ini juga bertujuan mengedarkan pelekat "Terengganu Livinian" yang ideanya diperkenalkan oleh Saudara Kamal Botak.















 SELAMAT DATANG kepada semua "new bie". Diharapkan "new bie" dapat menjadi ahli berdaftar My Livina Club agar segala pergerakan dalam aktiviti lebih lancar dan "legal" di sisi undang - undang. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keahlian dalam MyLivina Club bolehlah dikemukakan terus kepada Saudara AzeefTr selaku AJK Pusat My Livina Club Malaysia.

Wednesday 20 July 2011

Sesi Pulut Durian 2011

Sesi jamuan pulut durian sambil berkelah telah diadakan di Taman Pertanian, Sekayu, Hulu Terengganu pada 20 Julai( Rabu) sempena cuti umum Negeri Terengganu. Juadah disediakan khas oleh Saudara Asri (Matjins). Terima kasih tidak terhingga buat beliau sekeluarga yang bersusah payah menyediakan hidangan buat kekawan




































Sekitar jam 3.30 petang, para tetamu berangkat pulang. Terima kasih daun keladi,... ada durian buat lagi