Laman Utama

Monday 12 September 2011

Majlis Aidil Fitri Kali ke 4/2011 1432H

Saya bagi pihak Urusetia Majlis AidilFitri MyLc kali ke-4/2011 dengan sukacitanya imenjemput tuan/puan ahli MyLc dan para pemilik G.L, TRg Livinian, juga di Pantai Timur sekeluarga ke majlis tersebut yang akan di adakan sebagaimana berikut:
Tarikh: 10 SEPT 2011 ( SABTU)
Masa : 2.00 - 7.00 PM
Tempat : Kediaman Tg Rosdi @ Subai 888- Kg Bukit Payong, Marang, Terengganu.

1. Konsep "port luck Makanan Tradisional":- Bawa dan Makan. Tuan Rumah hanya menyediakan minuman, kerusi, meja, gelas, cawan.
i. TIDAK DIGALLAKKAN membawa biskut raya moden.
ii. Jika ketupat & Lemang- bawa sekali rendang
iii. Tuan puan boleh berkongsi kos jika dirasakan kos penyediaan adalah tinggi, seperti sate, nasi dagang atau nasi minyak.
iv.Selain itu:- Buah, buahan, pencuci mulut, akok, keropok lekor, penganan, puding, mee, bubur pulut hitam, bubur jagung dll

Sila bawa sekali bekas hidangan.

2. Sesi bergambar beramai -ramai akan diadakan pada jam 4.30 petang.

3. Agenda lain:
i. Mesyuarat Persediaan menerima Konvoi MyLc Melaka
ii. Program Konvoi&Bercuti Akhir Tahun
iii. Lain - lain hal
4. Tuan -tuan DIGALAKKAN Berbaju Melayu (dan bersamping)

PEMBETULAN: Pihak Urusetia akan menyediakan nasi kuning sebagai alas perut dan sedikit collection akan dibuat sebagaimana tahun 2010.
Sekian, terima kasih

















































 Urusetia Majlis Aidil Fitri Kali ke 4/2011 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Subai888@Tengku Rosdi sekeluarga yang sudi menjadi tuan rumah, juga kepada handai taulan yang sudi hadir, juga menyediakan juadah, yang telah bersama - sama memeriahkan majlis tersebut

No comments:

Post a Comment